Berita Utama

Tempoh rayuan BPN dilanjutkan sehingga 31 Mei

Rayuan memenuhi syarat, munasabah boleh diluluskan

KUALA LUMPUR, 17 Ramadan 1441H, Ahad – Tempoh rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan sehingga 31 Mei ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, selain menghantar e-mel, pemohon yang permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan bermula esok.

“Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa, 12 Mei.

“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insya-Allah boleh diluluskan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan hari ini. Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close