Berita UtamaDunia

Seorang maut, 14 cedera tikaman rambang di Korea Selatan

Penyerang rempuh kereta ke arah orang lalu lalang

SEOUL, 17 Muharam 1445H, Jumaat – Seorang maut dan 14 lagi cedera dalam kejadian rempuhan kereta dan tikaman rambang di bandar komuter Korea Selatan pada Khamis, kata polis dan media.

Penyerang dilaporkan merempuh keretanya ke arah orang lalu lalang dan kemudian dari keretanya lalu menikam orang ramai secara rawak.

“Sekurang-kurangnya lima orang cedera akibat dilanggar kereta, dan sembilan yang lain ditikam dalam serangan yang berlaku di kawasan yang sesak,” kata seorang pegawai dari Jabatan Polis wilayah Gyeonggi selatan, Yoon Sung-hyun.

Sementara itu, seorang pegawai di Jabatan Bomba wilayah Gyeonggi, Ha Dong-geun berkata, sekurang-kurangnya dua daripada mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital dalam keadaan serius.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan unit forensik memeriksa dewan di Plaza AK, tempat kejadian tikaman berlaku. 

Sebuah kereta hatchback Kia berwarna putih dengan tingkap depan pecah dan tayar hadapan pecah boleh dilihat di kaki lima berhampiran stesen kereta api bawah tanah.

Laporan media menyifatkan penyerang sebagai seorang lelaki berusia 20-an yang bekerja sebagai pekerja penghantaran dan mengalami beberapa masalah kesihatan mental.

Polis berkata, penyerang ditangkap di tempat kejadian dan sedang disoal siasat.

Serangan yang tidak dapat dijelaskan itu berlaku beberapa hari selepas satu lagi serangan tikaman yang jarang berlaku membunuh seorang dan mencederakan tiga yang lain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button