Berita Utama

65 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara

Buat pemantauan di PPS, kawasan sekitar kediaman mangsa

IPOH, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Seramai 65 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan lebat di beberapa daerah di Perak semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, seramai 15 mangsa banjir daripada tiga keluarga di daerah Kampar ditempatkan di PPS yang dibuka di Dewan Tebing Tinggi, Malim Nawar pada pukul 8.30 malam tadi.

“Setakat pagi ini, mangsa terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, katanya seramai 50 lagi mangsa banjir terdiri daripada 24 lelaki dan 26 wanita di daerah Larut Matang dan Selama dipindahkan ke tiga PPS yang dibuka bermula antara pukul 10.30 malam dan 11.30 malam.

“PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Changkat Ibol menempatkan 16 mangsa, manakala Dewan Batu 8, Changkat Jering, Taiping menempatkan 22 mangsa, dan Masjid Batu 8 Changkat Jering pula menempatkan 12 mangsa setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba dan pelbagai agensi masih membuat pemantauan di PPS dan kawasan sekitar kediaman mangsa, masih dinaiki air setakat ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button