Berita UtamaDunia

Arab Saudi henti elaun kos sara hidup kepada rakyat

Riyadh naikkan Cukai Nilai Tambah tiga kali ganda: Al Jadaan

RIYADH, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Arab Saudi menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sebanyak tiga kali ganda dan menghentikan bayaran bulanan kepada rakyat – sebagai langkah baharu menangani krisis ekonomi akibat COVID-19.
Menteri Kewangannya, Mohammed Al Jadaan berkata, keputusan drastik itu adalah rancangan kecemasan bagi mengurangkan perbelanjaan selepas kejatuhan harga minyak.

“Keputusan telah dibuat, elaun kos sara hidup akan dihentikan bermula Jun dan VAT akan dinaikkan daripada lima kepada 15 peratus berkuat kuasa 1 Julai depan,” katanya.

Jadaan berkata, Riyadh dijangka kehilangan separuh daripada pendapatan minyak yang menyumbang kira-kira 70 peratus daripada pendapatan awam susulan penurunan harga sebanyak dua pertiga sejak Januari lalu.

Bukan itu sahaja, Riyadh juga terpaksa membuat pinjaman hampir AS$60 bilion (RM260 bilion) pada tahun ini untuk mengatasi defisit anggaran yang besar.

Bulan lalu, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan ekonomi Arab Saudi akan menguncup kepada 2.3 peratus pada 2020. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close