Berita Utama

Gempa bumi sederhana landa Laut Banda di Indonesia

Tidak bawa ancaman tsunami kepada Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada pukul 9.06 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 332 kilometer tenggara dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button