Berita Utama

Hanya kompaun RM2,000 premis warga asing tak masuk akal

Ada konflik kuasa dalam banteras pendatang asing di Malaysia?

BANGI, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) kesal apabila premis perniagaan milik warga asing hanya dikenakan kompaun RM2,000 selepas gagal mempamerkan tanda harga pada barangan jualan.

Hairan dengan perkara itu, Naib Pengerusi PEMBELA, Cikgu Izzat Johari menyifatkan perkara berkenaan sebagai bukti kelemahan penguatkuasaan di negara ini.

Beliau berkata, pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini telah mengenakan tindakan sewajarnya apabila membanteras dan menyita semua premis milik warga asing.

“Manakala di negeri lain, hanya denda kerana tidak mempamerkan tanda harga. Walhal, ini kedai warga asing.

“Apa Malaysia ini satu negarakah atau negeri dalam Malaysia lain-lain negara? Minta maaf, saya secara peribadi tak boleh terima tindakan sebegini. Ada konflik kuasa dalam membanteras pendatang asing di Malaysia.

“Itu belum kira 100,000 pelancong China dan India yang lesap dalam Malaysia,” katanya.

Terdahulu, sebuah kedai runcit milik seorang warga asing di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dikenakan kompaun RM2,000, selepas gagal mempamerkan tanda harga pada barangan jualan di premis perniagaannya semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kuala Pilah, Ahmad Khuzairi Salamat berkata, pemeriksaan dilakukan pihaknya selepas menerima aduan awam.

“Kita sebelum ini pernah beri teguran kepada pemilik premis berkenaan penandaan tanda harga, tapi nampaknya dia masih lagi ingkar,” katanya.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close