Berita Utama

Imigresen gempur ratusan warga asing di Pasar Borong KL

Pasar dibanjiri pekerja warga Bangladesh, India, Myanmar, Nepal

KUALA LUMPUR, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Jabatan Imigresen Malaysia membuat serbuan mengejut di Pasar Borong Kuala Lumpur – antara kawasan yang dibanjiri pekerja warga asing.

Sebahagian besar warga asing diperiksa dan berkemungkinan mereka mempunyai pelbagai kesalahan membabitkan Peraturan dan Akta Imigresen 1959/1963.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pasar itu dipenuhi ratusan pekerja asing membabitkan warga Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal

Katanya, operasi yang dilaksanakan hari ini diketuai oleh Imigresen dan dibantu pihak polis.

“Polis dan beberapa agensi lain membantu dari segi keselamatan,” katanya seperti di lapor Berita Harian.

Operasi tersebut turut dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Setakat ini masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak Imigresen.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button