Berita UtamaDunia

Iran, Turkiye setuju jadikan sempadan bersama zon perdagangan bebas

Bawa kemakmuran ekonomi serantau, sumbang peningkatan perolehan

ANKARA, 17 Rejab 1445H, Isnin – Tehran dan Ankara bersetuju mewujudkan zon perdagangan bebas di sempadan bersama selepas lawatan Presiden Iran, Ebrahim Raeisi ke Turkiye bagi memulihkan hubungan ekonomi.

Presiden Raesi dan rakan sejawatannya dari Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bersetuju membangunkan zon perdagangan bebas di bandar Khoy, kawasan sempadan antara kedua-dua negara, kata ketua Persatuan Persahabatan Parlimen Iran-Turkiye pada Ahad.

“Pelaburan besar dalam zon perdagangan bebas bersama Iran-Turkiye boleh membawa kepada kemakmuran ekonomi di rantau sempadan dan di peringkat negara,” kata Adel Najafzadeh.

Beliau menambah bahawa pandangan Raesi dalam mewujudkan sinergi dengan negara-negara berbeza di rantau ini akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan membentuk pencapaian utama untuk negara.

Najafzade juga berkata, Iran dan Turkiye berkongsi pendirian yang sama berhubung isu Palestin.

“Ini boleh mewujudkan blok yang kuat antara kedua-dua negara di rantau ini,” katanya.

Selepas lawatan ke Ankara minggu lalu, Raeisi mengumumkan bahawa Iran dan Turkiye merancang untuk terlibat dalam usaha meningkatkan perdagangan dua hala kepada AS$30 bilion setiap tahun.

Dalam sidang akhbar bersama, Raeisi berkata, Iran dan Turkiye adalah dua syarikat berwajaran tinggi yang boleh menyelesaikan isu serantau dan juga antarabangsa.

Raeisi dan Erdogan menandatangani 10 dokumen kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk budaya, media dan komunikasi, pengangkutan kereta api dan udara, elektrik, tenaga, ekonomi, dan zon perdagangan bebas.

Mereka juga berbincang mengenai keperluan untuk menghentikan serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza dan mendesak keamanan yang adil dan kekal.

Raeisi dan Erdogan juga bersetuju bahawa lebih banyak usaha dilakukan untuk menyokong kumpulan pejuang Palestin dan mengembalikan hak mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button