Berita UtamaDunia

Kes COVID-19 di Indonesia 14,265

18 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam

JAKARTA, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Bilangan kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 14,265 kes, dengan jumlah kematian kini sebanyak 991 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 18 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, tambahan kes positif baharu ialah sebanyak 233 kes, menjadikan kes positif kini meningkat kepada 14,265 kes,” katanya.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 441 kes, diikuti Jawa Timur (149), Jawa Tengah (95) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button