Berita Utama

Lebih 1.4 juta pesakit COVID-19 sembuh seluruh dunia

AS kekal negara paling teruk dilanda wabak

ANKARA, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Jumlah pesakit COVID-19 yang pulih di seluruh dunia melebihi 1.4 juta pada Isnin, lapor agensi berita Anadolu menurut data Johns Hopkins University.

Di seluruh dunia seramai 1,408,705 pesakit sembuh, 282,694 lagi terkorban manakala lebih 4.1 juta orang dijangkiti.

Jumlah pesakit yang sembuh paling ramai dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) iaitu seramai 216,169.

Bagaimanapun, AS kekal negara paling teruk dilanda wabak menyaksikan lebih 1.32 juta kes disahkan dan lebih 79,500 kematian.

Diikuti Jerman dengan 144,400 pesakit pulih, Sepanyol (136,166), Itali (105,186) dan Turki (92,691).

Kes COVID-19 dilaporkan di 187 negara dan wilayah sejak virus itu muncul di Wuhan, China pada Disember lalu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close