Berita UtamaPendapat

Malaysia antara terbaik di dunia tangani wabak pandemik COVID-19

Ekonomi Malaysia di landasan tepat untuk pulih: Bank Dunia

KERAJAAN yang cemerlang mengurus bencana global akan cemerlang mentadbir negara dalam keadaan normal.

Malaysia di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dalam menangani COVID-19:

1) Malaysia berada di tangga ke-4 dari 105 buah negara dunia dari aspek kepuasan hati rakyat terhadap usaha yang dilakukan kerajaan bagi mengekang penyebaran Coronavirus.

2) Setakat semalam, hanya 4 bahagian/zon (0.34 peratus) di negara ini yang masih berada di zon merah (lebih 40 kes positif).

3) Kadar kesembuhan pesakit yang dijangkiti COVID-19 adalah tinggi iaitu sebanyak 75.5 peratus (5,025 orang) setakat semalam.

4) Setakat semalam, jumlah kematian hanya 108 orang atau 1.62 peratus daripada keseluruhan kes (6,656 orang) dan diiktiraf antara yang terendah di dunia.

5) Walaupun dengan prestasi yang sangat baik, kerajaan Malaysia masih mengambil langkah berhati-hati dengan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020 ketika beberapa negara dunia yang masih tinggi kes positif dan kematian mengambil langkah menamatkan atau melonggarkan ‘lockdown’, seperti di Sepanyol dan beberapa buah negeri di Amerika Syarikat (AS).

6) Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham diiktiraf sebagai 3 doktor terbaik dunia dalam menangani COVID-19 oleh Global TV Network bersama-sama Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.

7) Dalam arena ekonomi pula, dua institusi utama perbankan dunia Bank Dunia dan  Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengiktiraf kemampuan Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi global dan pandemik COVID-19.

8) Laporan Bank Dunia menyebut ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat untuk pulih walaupun terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.

Manakala, IMF mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 9.0 peratus pada tahun 2021.

9) Walaupun dengan pencapaian yang begitu membanggakan ini, Tan Sri Muhyiddin dalam banyak perutusan beliau berkali-kali dengan penuh rendah diri memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas segala kesulitan yang terpaksa dihadapi.

10) Beliau berseloroh secara natural dan menggunakan laras bahasa yang mudah difahami. Tersenyum dengan tenang walaupun seluruh negara tahu Tan Sri Muhyiddin sedang berperang dengan kanser yang memberikan kesan teruk terhadap kesihatan diri beliau.

11) Tidak dinafikan terdapat beberapa polisi yang perlu dibaiki termasuk pelantikan politik yang diragui kemampuan mengendalikan GLC atau badan berkanun kerajaan serta pelantikan Ti Lian Ker sebagai Timbalan Menteri Perpaduan baru-baru ini.

12) Begitu juga dengan prestasi beberapa orang menteri baharu yang masih belum dilihat berkesan memacu kementerian masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

13) Namun, secara keseluruhan saya optimis kepimpinan Tan Sri Muhyiddin mampu membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik berbanding kepimpinan sebelumnya.

Ir. Lukman Al Hakim

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close