Berita Utama

Malaysia sumbang peralatan perubatan kepada Palestin

Peralatan termasuk sejuta unit penutup hidung, mulut

KUALA LUMPUR, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Malaysia semalam telah menghantar sumbangan peralatan perubatan kepada Palestin melalui Jordan menggunakan pesawat khas AirAsia.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan itu dilakukan susulan perbincangan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

“Peralatan ini termasuklah sejuta unit penutup hidung dan mulut, 500,000 unit sarung tangan getah dan 500 unit pelindung muka.

“Moga sumbangan daripada Malaysia ini sedikit sebanyak membantu rakyat Palestin perangi COVID-19. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasmi beliau hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close