Berita Utama

ADUN DAP positif dadah ditahan dalam serbuan kelab malam

Dibebaskan sementara tunggu laporan patologi siap

BUKIT MERTAJAM, 11 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada DAP ditahan selepas disyaki positif dadah.

Difahamkan, ahli politik itu ditahan dalam operasi polis di sebuah kelab malam yang beroperasi menggunakan lesen restoran, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan ADUN Perak itu ditahan ketika serbuan bersama 35 lagi individu lain berusia antara 21 hingga 70 tahun.

Dia dalam lingkungan usia 50-an dibawa ke mahkamah Bukit Mertajam untuk reman pada pagi tadi. (14 Januari).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, ADUN itu akan dibebaskan sementara menunggu laporan patologi siap.

“Ujian awal akan diserahkan kepada pakar patologi untuk pengesahan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

ADUN DAP itu menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri bagi penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum 2018.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button