Berita Utama

Petisyen desak tukar IC baharu cecah 125,662 tandatangan

Langkah banteras sindiket MyKad palsu, lambakan warga asing

BANGI, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Lebih 125,000 orang telah menurunkan tandatangan menyokong petisyen dalam talian bagi mendesak kerajaan menukarkan MyKad baharu dalam membanteras sindiket kad pengenalan palsu.

Setakat jam 10.30 pagi, petisyen yang dilancarkan di platform change.org oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berjaya mengumpulkan 125,662 tandatangan.

Dalam petisyen itu, Naib Pengerusi PEMBELA, Cikgu Izzat Johari menegaskan bahawa desakan yang dibuat adalah sebagai langkah membanteras sindiket penjualan MyKad palsu dan lambakan pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini.

Katanya, ia sekali gus mendesak Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia untuk membuat pembentangan mengenai laporan terkini berhubung isu pelancong yang tidak pulang ke negara masing-masing.

“Tahukah anda bahawa isu penjualan MyKad, lambakan warga asing dan ‘kehilangan’ lebih 100,000 pelancong China dan India telah pun mendapat perhatian kerajaan Malaysia. Cuma masih belum ada kenyataan rasmi sahaja,” katanya.

Terdahulu, laporan yang Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 menunjukkan bahawa lebih dari 95 peratus pelancong China dan India yang melawat negara ini pada tahun 2016 sehingga 2018 tidak mempunyai rekod keluar.

Sebanyak 79,799 warga China telah direkodkan melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dan didapati sebanyak 76,258 bersamaan 95.6 peratus tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close