Berita Utama

Petisyen rakyat desak Lim Kit Siang tunai janji bersara

Buktikan jika masih ada integriti, sila tonjolkan sikap kepimpinan

BANGI, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Petisyen menuntut pemimpin veteran parti tamak haloba, DAP Lim Kit Siang menunaikan janji untuk bersara, mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 49,000 orang telah menurunkan tandatangan.

Setakat jam 9.30 malam, petisyen dilancarkan individu dikenali sebagai Ahmad Abdul di platform change.org berjaya mengumpulkan 49,450 tandatangan.

Dalam petisyen itu, Ahmad menegaskan bahawa rakyat Malaysia menuntut pemimpin-pemimpin di negara ini untuk membuktikan mereka masih mempunyai integriti dan mampu menonjolkan sikap kepimpinan melalui teladan.

Katanya, rakyat sudah jelik dengan pemimpin-pemimpin politik Malaysia yang suka menabur janji kosong sesuka hati.

“Kita tidak mahu dikencing lagi. Rakyat tuntut Lim Kit Siang tunaikan janjinya sendiri untuk bersara jika Tun Mahathir tak serah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim,” katanya.

Terdahulu, Kit Siang pada Mei tahun lalu mendakwa bahawa beliau sanggup mempertaruhkan kerjaya politiknya sekiranya janji Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditunaikan.

Beliau bagaimanapun yakin Dr Mahathir akan melaksanakan janjinya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu apabila tiba masanya.

“Saya yakin bahawa Dr Mahathir akan memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan tersebut.

“Saya akan melepaskan jawatan sekiranya jawatan perdana menteri tidak dilepaskan kepada Anwar dan jika ada Pilihan Raya Umum Ke-15 juga saya tidak akan bertanding,” kata Kit Siang.

Bagaimanapun, sehingga hari ini pemimpin parti rasis dan cauvinis itu belum menunaikan janjinya dan masih ‘berdiam diri’ walaupun terus diasak pelbagai pihak.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button