Berita Utama

PKPB: Jangan bawa anak kecil ke pusat beli-belah

Tanggungjawab keluarga tak dedahkan kanak-kanak kepada jangkitan

PUTRAJAYA, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai agar tidak membawa anak kecil ke pusat beli-belah untuk mengelakkan mereka daripada terdedah kepada bahaya dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata, walaupun tiada sekatan sedemikian di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa, namun adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya itu.

“Jangan gunakan kebebasan (PKPB) ini, akhirnya kita bahayakan nyawa keluarga kita,” katanya dalam sidang media harian mengenai perintah berkenaan di sini, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button