Berita Utama

Senarai berita palsu hari ini

KUALA LUMPUR, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

1. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menafikan dakwaan bahawa pergerakan antara daerah di negeri Sarawak tidak memerlukan kebenaran pihak polis seperti yang tular di media sosial. Beliau menjelaskan Sarawak masih menguatkuasakan larangan pergerakan antara daerah dan pihak polis akan terus mengadakan sekatan jalan raya di sempadan daerah.

2. Pihak Pengurusan Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) Shah Alam, Selangor menafikan dakwaan bahawa kelab tersebut dikuarantin susulan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan ahlinya.

GGCC menegaskan tiada ahli kelab tersebut yang positif COVID-19. Kelab Itu menjelaskan sejak ia dibuka semula pada 6 Mei lalu pihaknya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan sosial dan membersihkan premis serta peralatan bagi menyediakan persekitaran yang selamat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button