Berita UtamaDunia

UK benarkan sekolah, premis perniagaan operasi mulai 1 Jun

Individu tiba di Britain ikut perjalanan udara perlu kuarantin

LONDON, 18 Ramadan 1441H, Isnin – United Kingdom (UK) akan meneruskan rancangan melonggarkan perintah berkurung di seluruh negara – sekiranya kes jangkitan COVID-19 berkurang – walaupun mendapat bantahan rakyat.

Setakat hari ini, 31,800 terkorban akibat coronavirus dalam tempoh tujuh minggu perintah berkurung – menyaksikan jumlah kematian terburuk di Eropah dan kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberitahu, kerajaan membenarkan sekolah dan premis perniagaan, termasuk pusat jagaan kanak-kanak mula beroperasi mulai 1 Jun.

Beliau yang pernah dirawat seminggu di hospital kerana COVID-19 berkata, kerajaan juga menggalakkan orang ramai kembali bekerja, khususnya sektor yang memerlukan mereka kembali ke lapangan seperti pembinaan dan pengeluaran.

Kegiatan riadah luar rumah tanpa had juga akan dibenarkan, membabitkan sukan seperti golf, tenis dan memancing ikan, khusus untuk mereka dari isi rumah yang sama.

“Menjelang Julai, kerajaan akan membuka beberapa industri perkhidmatan dan premis awam yang boleh melaksanakan penjarakan sosial seperti kafe di taman,” katanya.

Johnson turut memaklumkan perancangan untuk kuarantin bagi individu yang tiba ke Britain melalui perjalanan udara, bagi mengekang jangkitan dari luar dari terus merebak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close