Berita Utama

40 maut, cedera letupan bom di Timur Afghanistan

Letupan berlaku di majlis pengebumian komander unit polis daerah Khewa

KABUL, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan cedera dalam kejadian letupan bom di satu majlis pengebumian di wilayah Nangarhar timur Afghanistan, kata jurucakap gabenor wilayah itu Attaullah Khogyani pada Selasa, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut saksi kejadian, tujuh orang terbunuh pada majlis pengebumian komander unit polis daerah Khewa Sheikh Ikram yang meninggal dunia semalam akibat serangan jantung.

“Menurut laporan awal, 40 orang terbunuh dan cedera dalam kejadian yang dilakukan pengebom bunuh diri,” kata Khogyani. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button