Berita UtamaDunia

5 pesakit COVID-19 maut dalam kebakaran

Terdapat andaian litar pintas berlaku dalam mesin ventilator

MOSCOW, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Lima pesakit terbunuh dalam kebakaran di sebuah hospital di bandar St. Petersburg di Russia, kata sumber perkhidmatan kecemasan, hari ini.

Jurucakap pasukan penyelamat memberitahu, kesemua mangsa ialah pesakit yang ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU).

“Lima pesakit yang menggunakan mesin ventilator (di Hospital St. George) terbunuh dalam kebakaran,” kata sumber itu kepada TASS News Agency.

Hospital St. George adalah antara tempat untuk merawat pesakit COVID-19 sejak pertengahan Mac, yang lalu.

Sumber dalam perkhidmatan kecemasan berkata, kebakaran mungkin disebabkan oleh litar pintas dalam salah satu mesin ventilator. 

Siasatan lanjut berhubung insiden dan kematian mangsa sedang dijalankan. 

Kementerian Kecemasan Russia mengesahkan 150 pesakit telah dipindahkan ke kawasan selamat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button