Berita Utama

BN sokong Muhyiddin jika ada usul tak percaya

Sebulat suara beri kepercayaan tidak berbelah bahagi sebagai PM

BANGI, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Barisan Nasional (BN) menetapkan supaya semua Ahli Parlimennya mengundi secara en-bloc, menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekiranya terdapat usul tidak percaya di Parlimen.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mesyuarat Dewan Tertinggi parti hari ini sebulat suara memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdanaa Menteri ke-8.

Bahkan katanya, BN – kelompok terbesar dengan 43 Ahli Parlimen – juga akan terus menyokong dan mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

“BN adalah kelompok terbesar dengan 43 kerusi Parlimen telah memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 yang seterusnya membentuk Kabinet kerajaan Malaysia yang baru kini dikenali sebagai kerajaan Perikatan Nasional.

“Berhubung pendaftaran PN secara formal sebagai sebuah parti seperti yang dicadangkan, BN berpandangan BN perlu melalui proses tertentu dalam parti komponen masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close