Berita UtamaDunia

China berang peraturan visa AS

Konflik selepas Beijing usir wartawan AS berkait komentar COVID-19

BEIJING, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Peraturan baharu Amerika Syarikat (AS) yang mengetatkan sekatan visa kepada wartawan China mendapat bantahan, apabila Bejing menyifatkan langkah itu sebagai tidak adil.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS mengumumkan peraturan baharu yang mengehadkan visa untuk wartawan China tinggal maksimum 90 hari.

Ketika ini, visa untuk wartawan China adalah bagi tempoh selama mana mereka bekerja di AS.

Tindakan itu diputuskan dipercayai selepas Beijing mengusir wartawan AS, sehingga menyebabkan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara makin meruncing.

China dilaporkan mengusir tiga wartawan The Wall Street Journal selepas akhbar itu menyiarkan komentar mengenai krisis COVID-19 dengan menggunakan tajuk utama yang dianggap sebagai rasis.

Kemudian AS bertindak balas apabila menyekat pula bilangan warga China daripada bekerja di syarikat media negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam satu kenyataan membantah tindakan AS, yang dianggap mereka sebagai tindakan salah dalam politik.

“Kami minta AS untuk perbaiki tindakan itu dengan segera … Jika tidak, China tiada pilihan selain mengambil tindakan balas,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close