Berita Utama

Kematian COVID-19 di Indonesia lepas angka 1,000 orang

16 lagi kematian berlaku di negara itu dalam tempoh 24 jam

JAKARTA, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Sebanyak 16 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 1,007 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, berlaku tambahan 484 kes baharu, menjadikan kes positif kini 14,749.

“Sebanyak 31,147 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan virus itu,” katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 443 kes, diikuti Jawa Timur (155 kes), Jawa Barat (98) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button