Berita UtamaDunia

Kluster baharu muncul di Wuhan

5 kes baru disahkan, berasal dari kediaman sama

WUHAN, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Kota Wuhan, lokasi pertama tercetusnya wabak novel coronavirus di China, melaporkan sekumpulan kluster jangkitan terbaharu sejak perintah berkurung ditamatkan sebulan yang lalu.

Wuhan melaporkan lima kes baru yang disahkan, semalam, semuanya berasal dari kawasan kediaman yang sama.  

Salah satunya adalah isteri seorang pesakit berusia 89 tahun yang dilaporkan sehari sebelumnya menerusi kes pertama yang disahkan di bandar raya ini dalam tempoh lebih dari sebulan.

Kes itu menimbulkan kebimbangan terhadap kebangkitan penularan yang lebih meluas.

“Pada masa ini, tugas pencegahan dan pengendalian wabak di kota masih sangat ketat.

“Kita harus dengan segera mengelakkan risiko penularan,” pihak berkuasa kesihatan Wuhan dalam satu kenyataan.

Semua kes terbaru sebelum ini diklasifikasikan sebagai tidak simptomatik, orang yang positif mempunyai virus dan mampu menjangkiti orang lain tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda klinikal seperti demam.

Jumlah kes asimtomatik di China tidak diketahui, kerana mereka hanya dapat dikesan di radar pegawai kesihatan ketika mereka menunjukkan positif semasa ujian dilakukan bagi mengetahui hubungan kontak dan pemeriksaan kesihatan.

China tidak memasukkan kes asimtomatik dalam jumlah keseluruhan kes yang disahkan, sekarang pada 82,918, sehingga mereka menunjukkan tanda-tanda jangkitan. 

Ratusan kes asimtomatik di Wuhan sedang dipantau.

Jumlah kes baru yang dilaporkan di China sejak April sedikit berbanding dengan ribuan kes yang disahkan setiap hari pada bulan Februari. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close