Berita Utama

Mahkamah tetapkan tarikh baharu perbicaraan Zahid

Pendakwaraya telah panggil 43 saksi untuk memberi keterangan

KUALA LUMPUR, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Mahkamah Tinggi di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Timbalan Pendakwaraya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan itu memberitahu Bernama menerusi mesej WhatsApp yang ditetapkan oleh mahkamah itu pada 19 Mei untuk pengurusan kes menetapkan tarikh perbicaraan baharu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Azura Mohd Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata pengurusan kes akan bermula 9.00 pagi.

Perbicaraan itu pada mulanya dijadual diteruskan pada 13 April tetapi ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Setakad ini, pihak pendakwaraya telah memanggil 43 saksi untuk memberi keterangan.

Zahid, 67, berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripada membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan berpuluh juta ringgit wang milik Yayasan Akalbudi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button