Berita Utama

MBS nafi dakwaan tak boleh berniaga selepas gerai diroboh

Penjaja boleh mohon dapatkan semula peralatan perniagaan

SEREMBAN, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Dakwaan kononnya penjaja atau peniaga yang gerainya dirobohkan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dibenarkan berniaga semula, adalah tidak benar.

Datuk Bandar MBS Datuk Zazali Salehudin berkata, sebaliknya, para penjaja berkenaan boleh memohon untuk mendapatkan semula peralatan perniagaan mereka daripada pihak MBS, selepas tamatnya PKPB bagi membolehkan mereka kembali berniaga.

“Kebanyakan mereka ini juga tidak berlesen, bukan kita tidak mahu bagi tetapi kawasan yang mereka mahu berniaga tidak sesuai, disebabkan itu mereka berniaga tanpa lesen,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close