Artikel Khas

Ini bumi Melayu, wajarlah jadi konservatif Melayu!

Toleransi dengan kaum lain tetap tinggi meski Melayu merempat di bumi sendiri

MELIHAT kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, sokongan besar Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) membuatkan ultra kiasu semakin takut. Maka, media sosial mereka mula mencanangkan, kononnya Kerajaan Madani akan menjadi lebih konservatif Melayu bagi meraih semula undi orang Melayu.

Kerajaan Madani dilihat cenderung kepada dasar pro-Melayu bagi memenangi hati Melayu semula bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang. 

Persoalan saya, salahkah jika negara ini menjadi pro-Melayu dan pro-Bumiputera? Ini adalah Melayu dan Bumiputera di bumi Melayu? Melayu dan Bumiputera adalah pribumi. 

Apakah kamu sudah lupa ini adalah bumi Melayu yang bernama Tanah Melayu? Wajarlah jika menjadi konservatif Melayu Islam, asalkan tidak menindas dan menganiaya orang bukan Islam, sudahlah. 

Takkan dasar-dasar akan menjadi pro-Cina atau pro-India. Mana mungkin, sebab setiap bangsa ada tanah masing-masing. Sebab itu, bangsa Cina membentuk negara Cina dan bangsa India membentuk negara India. 

Dasar negara-negara ini semuanya menjadi konservatif Cina dan India. Begitu juga di negara-negara kulit putih yang lain. Kenapa kamu tidak pertikaikan?

Bila tiba Tanah Melayu, disebabkan oleh penghijrahan kamu ke sini, tiba-tiba kamu mahukan dasar-dasar yang lebih pro bukan Melayu atau bukan Islam. 

Sedangkan apa yang ada sekarang, walaupun kamu melabelnya ‘dasar konvervatif Melayu’,  tidak pula menguntungkan sangat Melayu dan Islam.

Siapa yang terkaya di Malaysia sekarang? Siapa 40 individu terkaya? Berapa orang Melayu dan Bumiputera daripada jumlah tersebut?

Kiralah rumah ibadat orang bukan Islam, tokong, kuil serta gereja dan berapa banyak pula dengan masjid surau. Rumah ibadat bukan Islam 10 kali ganda lebih banyak. Pernah orang Melayu, Islam ambil hak-hak ini?

Saya ingin mengingatkan, semua perkara pro-Melayu dan pro-Islam sudah termaktub dalam Perlembagaan. Bacalah dam tidak ada salahnya di mana sekali pun. Itulah makna adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Memberikan hak kepada yang berhak, tanpa menafikan hak orang lain. 

Selama ini dasar-dasar yang kononnya pro-Melayu, adakah hak bukan Melayu pernah diambil? 

Selagi pemimpin Melayu faham erti Melayu dan Islam, semakin ia baik dengan bukan Melayu dan bukan Islam. Itulah hakikat Melayu yang saya kenali dan fahami. 

Maka, tidak usahlah ultra kiasu cuba menakut-nakutkan rakyat Malaysia dan orang bukan Islam dengan dasar konservatif Melayu. 

Jika kamu, mahukan hak yang melebihi – sehingga perlu disebut, hak orang Cina, hak orang India – pergilah cari di tempat asal-usul bumi kamu. Ini bumi Melayu. Amat malang, Melayu tidak terdarjat di buminya sendiri. Melayu menjadi bangsa yang meminta-minta hari ini.

Yang terdarjat dan berdarjat adalah kamu, bukan Melayu. Kamulah yang paling kaya, kamu dapat tinggal dengan aman kerana kamulah yang dijaga oleh anggota keselamatan, kamulah yang mendapat hak beribadat paling banyak, dibantu lagi oleh kerajaan. Kerajaan bagi lagi sekolah berasaskan kaum (vernakular) kepada kamu. Mana nak dapat semua ini?

Banyak lagilah kelebihan kepada kamu, walaupun Perlembagaan sudah jelas memaktubkan hak konservatif Melayu. Orang Cina di negara China atau orang India di negara India, tidak mendapat hak-hak seperti ini. Kenapa kamu masih tidak sedar?

Contoh, rumah ibadat seperti kuil di India, kena beli tanah dan bina sendiri. Bukan macam negara kita, pacak saja di tanah kerajaan, buat sesuka hati. Lepas itu diluluskan. Apabila pembinaan melanggar undang-undang mahu dirobohkan, arwah Adib jadi korban. 

Insaflah ultra kiasu, jangan kamu terus ungkit perkara yang telah selesai. Kamu juga yang akan rugi nanti. Sama ada konservatif Melayu atau tidak, Melayu tetap seperti itu. Tidak banyak berubah, majoriti tetap B40. Melayu akan terus ‘merempat’ di buminya sendiri.

Malah, yang paling saya kagum, walaupun Melayu merempat di buminya sendiri, toleransi dengan bukan Melayu tetap tinggi, walaupun Melayu sedar, mereka tidak ada apa-apa. 

Inilah sifat Melayu yang saya amat puji kerana Islam telah mendidik mereka menjadi bersyukur. Islam mendidik Melayu menghormati orang.

Saya tidak boleh bayangkan, jika Melayu tiada tanah, Melayu menjadi pendatang di bumi Cina dan India, adakah Melayu akan dilayan seperti ini? Adakah Melayu akan dilayan seperti Melayu melayan bukan Melayu?

Realitinya, orang Islam di India, walaupun sebangsa mereka dilayan seperti binatang, hanya kerana beragama Islam. Begitu juga orang Islam di China, walaupun sebangsa, mereka dilayan seperti haiwan. Hak-hak sebagai seorang Islam langsung tidak diberikan, malah mereka dibunuh dan dizalimi.

Contoh, jika orang Islam mahu sembelih lembu, bukan lembu yang terkorban tetapi orang Islam yang mahu sembelih lembu itu terlebih dahulu terkorban, dibunuh oleh ekstremis Hindu. Kenapa kamu diam dan tidak bising ya!

Bandingkan dengan Malaysia, ketika hari raya korban, ketika kami sembelih lembu, kami pulak yang terpaksa sorok-sorok sembelih daripada dilihat kamu, hanya kerana menghormati sensitiviti agama kamu.

Di mana kamu nak dapat toleransi seperti ini? Di India, umat Islam jadi korban, hanya kerana sembelih lembu. Di sini, kami sembelih jauh daripada pandangan kamu. Kami pula terpaksa bersusah. Itu pun kamu masih kata konservatif Melayu!

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button