Berita Utama

Operasi buru pendatang tanpa izin tiada kaitan PKP, PKPB

Seiring pendirian tegas kerajaan mahu bebas pendatang tanpa izin

PUTRAJAYA, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Operasi memburu pendatang tanpa izin yang giat dilaksanakan sekarang tiada kaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat (PKPB) susulan penularan COVID-19 di negara ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya kegiatan itu seiring dengan pendirian tegas kerajaan yang mahu memastikan negara ini bebas daripada pendatang tanpa izin.

“Semasa negara tidak dilanda wabak COVID-19, banyak operasi telah dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Operasi ini tidak hanya dilaksanakan semasa PKP ataupun PKPB, tetapi proses berterusan membanteras pendatang tanpa izin,” katanya pada sidang media harian mengenai PKPB di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button