Berita Utama

PH cabar keabsahan Ab Rauf sebagai Speaker DUN Melaka

Pihaknya akan failkan saman pemula dalam masa terdekat

MELAKA, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Pakatan Harapan (PH) akan mencabar keabsahan kedudukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Ghazale Muhamad sebagai timbalan speaker.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata PH akan memfailkan saman pemula dalam masa terdekat melalui Datuk Omar Jaafar dan Datuk Dr Wong Fort Pin, masing-masing dakwanya masih speaker dan timbalan speaker DUN Melaka yang sah.

Persidangan DUN Melaka semalam kecoh dengan desakan daripada ADUN Perikatan Nasional (PN) yang mendesak Omar digantikan dengan anggota PN, dan hasil persidangan itu kemudiannya menyaksikan Ab Rauf dilantik sebagai speaker setelah mendapat sokongan majoriti 16 daripada 28 ADUN keseluruhan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button