Berita Utama

Senarai berita palsu hari ini

KUALA LUMPUR, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan sebuah kedai runcit milik warga asing di Hartamas beroperasi semula setelah dikenakan tindakan pada 8 Mei lalu seperti yang tular di media sosial. DBKL menjelaskan semakan mendapati premis tersebut berlesen dan dimiliki oleh warganegara Malaysia serta mematuhi UUK 20 Undang-Undang Kecil Tred, Pelesenan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 yang membenarkan pelesen menggaji warga asing yang mempunyai permit kerja sah. DBKL memaklumkan penguatkuasaan telah dikenakan ke atas premis berdekatan dan masih lagi ditutup hingga kini.

2. Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Negeri Sembilan menafikan penjaja atau peniaga yang gerainya dirobohkan oleh MBS dalam tempoh PKP dan PKPB tidak akan dibenarkan berniaga semula. MBS menjelaskan penjaja berkenaan boleh memohon untuk mendapatkan semula peralatan perniagaan mereka daripada MBS selepas tamat tempoh PKPB bagi membolehkan mereka kembali berniaga. –Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close