Berita UtamaDunia

Tiga pemimpin kanan Daesh ditahan di Afghanistan

Operasi komprehensif buru pemimpin kanan kumpulan pengganas diteruskan

KABUL, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Pasukan keselamatan Afghanistan menahan sekurang-kurangnya tiga pemimpin kanan kumpulan pengganas Daesh Takfiri cawangan Asia Selatan.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan mengesahkan, ketua kumpulan militan Asia Selatan, Abu Omar Khorasani, ditangkap di Kabul bersama ketua perisik dan pegawai perhubungan awam kumpulan itu.

“Direktorat Keselamatan Negara (NDS) akan meneruskan operasi yang komprehensif dan tersasar untuk memburu pemimpin kanan kumpulan pengganas serantau dan menghancurkan pusat gabungan rangkaian pengganas ini,” kata kenyataan itu.

Pada 6 Mei, agensi keselamatan Afghanistan dalam dua serbuan berasingan memusnahkan sel tidur yang dikendalikan bersama oleh IS-K, jaringan Daesh dan Haqqani, Afghanistan yang merupakan cabang Taliban yang paling kejam. 

NDS mengatakan lima militan terbunuh dan lapan yang lain ditahan ketika pasukan keselamatan menyerbu dua tempat persembunyian – satu di Kabul dan yang lain di luar bandar.

Sel itu terlibat dalam melakukan beberapa serangan memusnahkan tempat ibadah dan sasaran lain di seluruh negara.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Daesh telah bertapak di Afghanistan timur dan utara. Kumpulan pengganas kebanyakannya tinggal di Nangarhar, mereka telah melakukan serangan ke pusat-pusat populasi utama di seluruh negara.

Pada Februari 2018, beberapa bulan selepas kekalahan kumpulan itu di Iraq dan Syria, Associated Press melaporkan bahawa tentera AS menarik pasukannya dari pangkalan di Iraq dan memindahkan mereka ke Afghanistan.

Laporan itu ‘muemudahkan’ janji Presiden AS Donald Trump untuk mengakhiri campur tangan Washington di Afghanistan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button