Berita Utama

PH belum tetap tarikh umum calon

Anwar belum maklumkan, yang pasti sebelum 29 Julai

PUTRAJAYA, 23 Zulhijjah 1444H, Rabu – Pakatan Harapan (PH) masih belum menetapkan tarikh untuk pengumuman calon bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Setiausaha Agung gabungan itu berkata, Pengerusi Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memaklumkan kepadanya bila pengumuman akan dibuat.

“Sekarang ini, saya sedang menyelesaikan semua aspek pentadbiran pilihan raya.

“Nama siapa yang akan ditulis pada watikah pelantikan pemilihan itu akan diputuskan oleh pengerusi.

“Apa yang pasti, nama-nama itu akan diumumkan sebelum 29 Julai,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Julai sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 12 Ogos.

Barisan Nasional (BN), rakan kongsi PH dalam kerajaan perpaduan, akan mengumumkan senarai calonnya pada 21 Julai.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat majlis perundingan pimpinan kerajaan perpaduan malam tadi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button