Berita UtamaDunia

WHO ingatkan negara longgar perintah berkurung terus waspada

Asingkan kontak jangkitan, elak gelombang besar kali kedua

GENEVA, 19 Ramadan 1441H, Selasa – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengingatkan negara-negara yang melonggarkan perintah berkurung dan sekatan supaya terus berwaspada bagi mengelakkan wabak COVID-19 terus merebak.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom ketika sidang media maya semalam bagaimanapun memuji sebahagian negara yang menunjukkan penurunan angka kematian akibat COVID- 19.

“Apa yang menjadi perkara baik ialah kejayaan memperlahankan penularan virus dan secara tidak langsung menyelamatkan banyak nyawa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kecemasan WHO, Michael Ryan berpendapat, penarikan berperingkat ke atas sekatan merupakan satu isyarat yang menggambarkan ‘harapan’.

“Namun tahap kewaspadaan yang ketat adalah perkara penting,” katanya.

Malah, Ryan turut mendesak agar setiap negara terus peka dalam meningkatkan kesiapsiagaan kesihatan awam yang berupaya mengenal kes baharu dan mengasingkan semua kontak yang membantu ‘menghindari gelombang besar kali kedua’.

Ini berikutan kebimbangan akan munculnya gelombang jangkitan lebih besar selepas ini walaupun langkah-langkah drastik dilaksanakan bagi mengawal penularan virus itu.

Selain itu, WHO turut membuat pendedahan bahawa terdapat beberapa negara tidak melaksanakan langkah diperlukan dalam menghentikan penyebaran COVID-19.

Ryan yang tidak memperincikan mana-mana negara mendakwa, ada negara bersikap tidak endah pada peringkat awal terutama menangani dan mengesan kluster yang menjadi pencetusnya.

“Sekiranya jangkitan berlanjutan di negara yang mempunyai tahap rendah tanpa kemampuan untuk menyiasat kluster, mengenal pasti kelompok, risiko gelombang penyakit itu kembali akan ada lagi,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close