Berita UtamaDunia

2 bayi mangsa korban lelaki bersenjata di Kabul

16 maut serangan jenayah perang di ibu kota Afghanistan

KABUL, 20 Ramadan 1441H, Rabu – Tiga lelaki bersenjata yang menyamar sebagai polis menyerang sebuah hospital di ibu kota Afghanistan semalam, membunuh 16 orang termasuk dua bayi yang baru lahir.

Turut menjadi mangsa korban adalah ibu bayi berkenaan dari klinik bersalin yang dikendalikan oleh organisasi kemanusiaan antarabangsa, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) serta beberapa jururawat.

Imej dari Kementerian Dalam Negeri menunjukkan dua anak kecil terbaring tidak bernyawa di dalam hospital.

Lebih menyayat hati apabila sekeping gambar menunjukkan seorang wanita yang terbunuh terbaring di tanah masih memegang erat bayinya, yang mana seorang jururawat di unit itu mengesahkan selamat dan dipindahkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU) di hospital lain.

Pasukan keselamatan sebelumnya mengepung kawasan itu ketika mereka memindahkan lebih dari 80 wanita dan bayi dari hospital, di mana badan amal perubatan MSF menjalankan klinik bersalin.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tareq Arian berkata, tiga warga asing antara yang selamat dipindahkan, tanpa mengulas lanjut.

Tidak jelas mengapa hospital bersalin di Dashti Barchi, sebuah kemudahan 100 tempat tidur menjadi sasaran – serangan yang dikatakan oleh Arian sebagai ‘tindakan menentang kemanusiaan dan jenayah perang’.

Seorang pakar pediatrik memberitahu agensi berita AFP bahawa beliau terdengar letupan kuat di pintu masuk bangunan di Dashti Barchi, kawasan kejiranan yang kebanyakannya Syiah yang telah menyaksikan serangan lalu oleh kumpulan bersenjata ISIS (ISIS).

“Hospital itu penuh dengan pesakit dan doktor, keadannya sangat panik,” kata doktor itu, meminta agar tidak disebutkan namanya.

Pada hari sama, sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan cedera dalam kejadian letupan bom di satu majlis pengebumian di wilayah Nangarhar timur Afghanistan.

Menurut saksi kejadian, tujuh orang terbunuh pada majlis pengebumian komander unit polis daerah Khewa Sheikh Ikram yang meninggal dunia semalam akibat serangan jantung. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button