Berita UtamaDunia

Wujud isu keselamatan, India kembalikan internet di Kashmir

Salur perkhidmatan 4G libatkan 2 buah daerah di wilayah itu

SRINAGAR, 27 Zulhijjah 1441H, Isnin – India pada Ahad mengembalikan semula perkhidmatan internet berkelajuan tinggi 4G di dua daerah di Kashmir.

Tindakan itu dilakukan selepas Mahkamah Agung pada Julai lalu berkata, penutupan internet tanpa had di daerah berkenaan adalah tidak sah.

Sekatan komunikasi dilakukan selepas sebahagian hak autonomi wilayah majoriti muslim itu dibatalkan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi tahun lalu.

Ogos tahun lalu, New Delhi membatalkan peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa istimewa kepada sebahagian besar rantau Kashmir.

Pengisytiharan itu diumumkan selepas pihak berkuasa Kashmir yang ditadbir India meletakkan sebahagian besar rantau itu dalam perintah berkurung.

Sebelum ini, Jammu dan Kashmir yang ditadbir India diberi kuasa istimewa di bawah peruntukan perundangan India pada tahun 1950-an.

Mereka dibenarkan untuk mempunyai Perlembagaan negeri sendiri, kuasa perundangan dan eksekutif terhadap kebanyakan rakyatnya serta dilaporkan mempunyai kuasa autonomi yang lebih besar berbanding negeri-negeri lain di India.

Dalam pada itu, pihak berkuasa berkata, situasi keselamatan tidak kondusif juga menjadi alasan untuk mengembalikan akses internet mudah alih.

“Perkhidmatan data mudah alih berkelajuan tinggi di daerah Ganderbal dan Udhampur akan dipulihkan segera, secara percubaan,” kata kerajaan, semalam sambil menambah kelajuan internet akan terus dihadkan di bandar-bandar lain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button