Berita UtamaDunia

Perintah berkurung 5 hari di Arab Saudi pada Aidilfitri

1,911 jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 42,925

JEDDAH, 20 Ramadan 1441H, Rabu – Arab Saudi melaksanakan perintah berkurung selama lima hari pada Aidilfitri ini, bermula 23 sehingga 27 Mei, sebagai langkah membendung penularan pandemik COVID-19.

Setakat ini, kerajaan sedang melonggarkan sekatan, termasuk membenarkan kegiatan sektor ekonomi sehingga penghujung Ramadan.

Semua aktiviti ekonomi berjalan seperti biasa dan orang ramai dibenarkan bergerak bebas antara jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Bagaimanapun langkah itu dikecualikan di Makkah – kini masih berada di bawah perintah berkurung sepenuhnya.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan 1,911 jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 42,925.

Terdapat 27,404 kes aktif ketika ini, dengan 147 daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Mac lalu, Arab Saudi menangguhkan kebenaran melakukan umrah susulan bimbang pandemik COVID-19 merebak dengan cepat berikutan ketika ini telah menular ke 184 negara.

Difahamkan, Riyadh belum membuat keputusan berhubung pelaksanaan ibadah haji, namun terdapat maklumat mengatakan umat Islam perlu menangguhkan sebarang persiapan buat masa ini. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close