Dunia

PBB gesa dunia beri tumpuan terhadap Palestin

Rakyat Palestin terus diusir keluar dari negara sendiri

NEW YORK, 23 Ramadan 1444H, Jumaat – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa masyarakat seluruh dunia memberikan perhatian terhadap penindasan dan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Agensi itu berkata, tumpuan masyarakat lebih kepada isu-isu seperti roket yang dilepaskan dari Gaza, Lubnan, dan Syria, termasuk serangan maut terhadap orang awam Israel manakala warga Palestin yang terkorban dipinggirkan.

Tajuk utama berita di seluruh dunia juga lebih tertumpu ke arah serangan ke atas pihak Israel namun rakyat Palestin yang ditindas tidak diceritakan.

Meskipun terdapat usaha dari pihak pertubuhan antarabangsa serta aktivis, rakyat Palestin di bawah penjajahan Israel terus dipaksa keluar dari rumah mereka sendiri.

Lebih malang, tanah dan harta mereka dirampas atas dasar undang-undang diskriminasi.

Sekitar 150 keluarga Palestin di perkampungan berdekatan Kota Lama Baitulmaqdis seperti Silwan dan Sheikh Jarrah, menghadapi risiko pengusiran paksa oleh pihak berkuasa Israel dan kumpulan peneroka haram.

Organisasi antarabangsa itu turut menekankan bahawa Israel perlu patuh sepenuhnya undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan kewajipan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

PBB berkata, pihaknya sudah berulang kali membangkitkan isu ini dengan kerajaan Israel, namun sehingga hari ini tiada sebarang jawapan yang diberikan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button