Berita UtamaDunia

Qatar Airways tawar 100,000 tiket percuma untuk staf perubatan

Profesional penjagaan kesihatan di setiap negara layak mohon

DOHA, 20 Ramadan 1441H, Rabu – Qatar Airways menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19.

“Profesional penjagaan kesihatan di setiap negara di dunia layak mendapat tiket percuma itu,” umum syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan pada Isnin lapor agensi berita Anadolu.

Tawaran akan dibuka pada 12 hingga 18 Mei dan pendaftaran boleh dibuat di laman web qatarairways.com/ThankYouHeroes.

“Mereka yang menerima kod promosi boleh menempah sehingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi secara percuma untuk penerbangan yang dikendalikan Qatar Airways – ke mana sahaja di rangkaian global syarikat penerbangan ini,” tambah kenyataan itu.

Qatar Airways akan kembali membuka semula operasi tidak lama lagi selepas ditangguhkan sementara kerana wabak COVID-19.- Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close