Berita UtamaDunia

Russia rekod 10,899 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam

Keseluruhan 232,243 (+4.9 peratus) di 85 wilayah seluruh negara

MOSCOW, 20 Ramadan 1441H, Rabu – Russia merekodkan 10,899 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu (11,656 kes semalam), jumlah keseluruhan terkini sebanyak 232,243, lapor agensi berita Sputnik, memetik pusat tindak balas semalam.

“Dalam tempoh 24 jam lalu, 10,899 kes COVID-19 didaftarkan di 83 wilayah. Daripada jumlah itu, 4,704 (atau 43.1 peratus) kes aktif yang tidak menunjukkan gejala klinikal,” kata pusat itu dalam satu kenyataan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 232,243 (+4.9 peratus) di 85 wilayah di seluruh Rusia.

Semua kes baharu, 5,392 didaftarkan di Moscow, 1,063 di wilayah Moscow dan 354 di wilayah Nizhny Novgorod (berbanding 6,169, 1,079 dan 291 semalam)

Angka korban pula meningkat sebanyak 107 (94 semalam) kepada 2,116.

Seramai 3,711 pesakit sembuh (5,495 semalam), menjadikan jumlah keseluruhan 43,512. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close