Berita Utama

‘Saya masih MB Kedah’

Perlu kemuka usul undi tak percaya, bukan kumpul Akuan Bersumpah

BANGI, 20 Ramadan 1441H, Rabu – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan bahawa beliau masih lagi memegang jawatan Menteri Besar Kedah.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, kerajaan negeri pimpinannya masih melaksanakan tugas seperti biasa.

Beliau berkata, pihak pembangkang tidak boleh hanya mengumumkan pertukaran kerajaan negeri melalui sidang media, sebaliknya tindakan menukar Menteri Besar perlu melalui proses tertentu.

Katanya, usul tidak percaya ke atas beliau perlu dikemukakan oleh pembangkang melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, dan bukannya dengan mengumpul Akuan Bersumpah dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketika ini, kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Mukhriz goyah selepas dua ADUN PKR mengumumkan keluar parti dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Pusat.

ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee turut menyatakan sokongan terhadap kepimpinan PN Kedah dan menjadi ADUN Bebas mesra kepada BERSATU.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close