Berita Utama

8 rumah terjejas tanah rebak di Ipoh

Penduduk terbabit diminta berpindah jika keadaan tak selamat

IPOH, 21 Ramadan 1441H, Khamis – Sebanyak lapan buah rumah terjejas susulan kejadian tanah rebak di Taman Silibin Indah di sini, semalam namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Daerah Kinta, Halizah Sipun berkata, berdasarkan pemantauan, kejadian itu berlaku akibat kegagalan cerun, bagaimanapun tebing Sungai Tambun masih kukuh dan tidak berubah walaupun terdapat sedikit hakisan.

“Selepas tinjauan, saya meminta penduduk yang terlibat berpindah rumah jika keadaan tidak selamat selain sentiasa peka keadaan sekeliling dan melaporkan segera kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Jabatan Kerja Kerja (JKR) jika berlaku rekahan aktif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Halizah berkata, untuk tindakan jangka pendek, JKR dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menutup dengan kanvas tanah yang terlibat selain melaksanakan kerja-kerja memperelokkan Sungai Tambun.

“Lembaga Air Perak juga diminta membuat ujian klorin kerana didapati ada aliran air bawah tanah, manakala Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia akan menyediakan laporan teknikal pergerakan tanah,” katanya.

Beliau berkata, bagi tindakan jangka panjang, JKR akan membuat penilaian cadangan membina bentang (gabion) bagi mengelak tanah tersebut runtuh pada masa hadapan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button