Berita Utama

BN umum letak calon di Chini

MB Pahang dilantik sebagai Pengarah Jentera PRK

BANGI, 21 Ramadan 1441H, Khamis – Barisan Nasional (BN) memutuskan akan meletak calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan nanti.

Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Selasa lalu.

Memetik laporan media tempatan, persiapan awal telah digerak dan Dewan Tertinggi BN memutuskan Menteri Besar Pahang dilantik sebagai Pengarah Jentera PRK DUN Chini.

“Jentera itu akan dibantu Jabatan Urusan Pilihan Raya BN. Perkara lain mengenai PRK itu, BN akan tunggu pemakluman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Kerusi DUN Chini disytihar kosong selepas Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia awal pada 8 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung.

Allahyarham menjadi ADUN Chini dalam Parlimen Pekan selama empat penggal berturut sejak PRU ke-11 (PRU11).

Pada PRU14 lalu, Allahyarham selaku calon BN mempertahankan kerusi disandangnya dengan undi sebanyak 10,027.

Pada pertembungan itu, Allahyarham menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnin (1,065).

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close