Dunia

EU mahu negara Eropah buka semula sempadan

Pelancongan Eropah sumbang 10 peratus dari ekonomi EU

BRUSSELS, 21 Ramadan 1441H, Khamis – Negara-negara Eropah disarankan untuk membuka sempadan kepada negara-negara yang mempunyai profil risiko coronavirus yang sama di bawah rancangan bagi meningkatkan industri pelancongan.

Pada Rabu, Suruhanjaya Eropah akan mencadangkan pendekatan berfasa untuk membuka semula sempadan negara-negara EU dengan profil risiko pandemik yang sama, menurut agensi berita Guardian.

“Sekatan perjalanan harus ditarik balik terlebih dahulu di kawasan yang mempunyai keadaan epidemiologi setanding, di mana keupayaan mencukupi di tempat berkenaan dari segi hospital, ujian saringan, kuarantin dan kemampuan mengesan kontak,” kata akhbar itu.

Eksekutif Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini telah menyuarakan kebimbangan mengenai ‘koridor pelancongan’, di mana negara-negara anggota membuat perjanjian dua hala untuk saling membuka negara kepada pelancong.

EU merangkumi beberapa negara yang paling teruk terjejas akibat wabak – terutamanya Sepanyol dan Itali – bersama dengan negara lain seperti Greece dan Republi Czech.

Pihaknya berusaha untuk menyelamatkan industri pelancongan di Eropah, yang menyumbang 10 peratus daripada pengeluaran ekonomi EU – lebih banyak di Itali, Sepanyol, Croatia dan Greece.

Canselor Austria, Sebastian Kurz mengumumkan minggu lalu bahawa dia berhasrat membuka semula sempadan untuk pelawat dari negara selamat, seperti Jerman dan Republik Czech.

Estonia, Lithuania dan Latvia pula merancang membuka semula sempadan mereka antara satu sama lain mulai 15 Mei.- Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close