Berita Utama

Kes positif COVID-19 di Indonesia lepasi angka 16,000

Jakarta catat kematian tertinggi iaitu 452 kes

JAKARTA, 21 Ramadan 1441H, Khamis – Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 16,000, dengan kes kematian meningkat kepada 1,043 orang.

Sebanyak 568 lagi kes positif baharu virus itu direkodkan bagi tempoh 24 jam, menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti COVID-19 di Indonesia kini 16,006 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 15 lagi kematian dicatatkan, menjadikan kes kematian akibat virus itu kini berjumlah 1,043 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 452 kes, diikuti Jawa Timur (167 kes), Jawa Barat (99) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close