Berita Utama

PKPD Jalan Othman PJ: 2,150 individu jalani saringan

1,555 rakyat tempatan, 595 warga asing: Polis

KUALA LUMPUR, 21 Ramadan 1441H, Khamis – Seramai 2,150 individu di sekitar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Othman, Petaling Jaya, dekat sini telah menjalani saringan wabak COVID-19.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, daripada jumlah itu, 1,555 individu adalah rakyat tempatan dan 595 rakyat asing.

“Operasi ‘kesan dan saring’ dengan dibantu Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga dilaksanakan bermula semalam bagi mengesan individu yang tidak memberi respons ketika dikunjungi oleh petugas KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, kesemua premis dari Zon A, B dan C telah diperiksa.

Kawasan berkenaan diletakkan di bawah PKPD sejak Ahad lepas sehingga 23 Mei. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button