Berita Utama

Polis terima dua laporan dakwa Dr Zulkifli langgar PKP

Pengadu dakwa menteri buat pelbagai aktiviti tak amal jarak sosial

KUALA LUMPUR, 21 Ramadan 1441H, Khamis – Polis Daerah Kajang mengesahkan menerima dua laporan polis yang mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, kertas enkuiri polis (KEP) sudah dibuka untuk tujuan siasatan awal.

“Buat masa ini hanya rakaman percakapan pengadu sudah diambil berhubung perkara tersebut.

“Keterangan bagi pihak lain akan diambil setelah mendapat arahan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, seorang lelaki berusia 43 tahun membuat laporan polis setelah membaca laman akaun Facebook menteri berkenaan yang dikatakan memuat naik pelbagai aktiviti yang dilakukan sejak dilantik menjadi menteri.

Dalam laporan itu, pengadu mengatakan Dr Zulkifli telah memuat baik pelbagai berita mengenai aktiviti yang dilakukannya tanpa mengamalkan jarak sosial.

Antara dakwaan itu adalah menteri berkenaan menyampaikan sendiri surat pertukaran pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 31 Mac, serta mengadakan mesyuarat tergempar dan mengambil gambar di pejabatnya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button