Berita Utama

Senarai berita palsu hari ini

KUALA LUMPUR, 21 Ramadan 1441H, Khamis – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) tengah hari ini.

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan kenyataan bahawa sekolah akan dibuka hanya bagi pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 sahaja pada tahun 2020 manakala pelajar dan murid yang lain akan memulakan sesi persekolahan pada 2021 seperti yang tular di media sosial. KPM menegaskan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi sekiranya terdapat sebarang pemakluman berkaitan tarikh pembukaan sekolah.

2. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan Mohd Faizal Abdul Manap menafikan terdapat kes positif COVID-19 yang baharu di kawasan Pasar Awam Kuala Pilah dan mempunyai kaitan dengan kilang ayam di Pedas, Rembau seperti yang tular di media sosial. Beliau menjelaskan kes positif COVID-19 terbaru di Daerah Kuala Pilah pada 11 Mei lalu melibatkan seorang warganegara Malaysia yang bekerja di sektor pembinaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button