Berita Utama

SPRM Kedah tahan lapan individu kemuka tuntutan palsu

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009

ALOR SETAR, 21 Ramadan 1441H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan lapan individu, termasuk seorang warga Filipina dan dua pengurus syarikat di Kulim, bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu dianggarkan bernilai lebih RM180,000 (AS$43,000).

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharon Nizam Abd Manap berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 39 hingga 45 tahun itu terdiri daripada lima kakitangan kejuruteraan sebuah kilang, termasuk warga Filipina, dan tiga kakitangan syarikat pembekal (dua pengurus).

Beliau berkata, mereka ditahan di Taman Teknologi Tinggi Kulim dan di Pejabat SPRM negeri di sini antara 10.30 pagi Rabu hingga 10 malam tadi.

Suspek dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan alat ganti mesin bernilai lebih RM180,000 antara Ogos hingga Oktober 2019

“Namun didapati tiada alat ganti dibekalkan oleh syarikat pembekal kepada kilang berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Rashidah Azmi mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close