Berita UtamaDunia

Wanita Sepanyol 113 tahun pulih COVID-19

Golongan tua antara paling mudah dijangkiti wabak coronavirus

MADRID, 21 Ramadan 1441H, Khamis – Wanita tertua di Sepanyol berusia 113 tahun disahkan bebas daripada COVID-19, selepas bertarung dengan masalah pernafasan akibat wabak berkenaan bulan lalu.

Maria Branyas dilahirkan pada 4 Mac 1907 – dijangkiti COVID-19 pada April lalu di pusat penjagaan Santa Maria del Tura di timur bandar Olot.

Jurucakap pusat penjagaan itu memberitahu, Maria berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan sihat walaupun sebelum ini kesihatan beliau sangat lemah.

Katanya, selain Maria, beberapa penghuni rumah penjagaan itu juga dijangkiti COVID-19, namun mereka meninggal dunia.

Maria menjalani kuarantin di biliknya selama beberapa minggu, seorang kakitangan yang memakai pakaian perlindungan diri akan memeriksa keadaannya setiap hari.

Sepanyol antara negara dunia yang paling teruk terjejas akibat wabak COVID-19 dengan kira-kira 27,000 kematian direkodkan setakat ini, menurut angka rasmi oleh Kementerian Kesihatan.

Golongan tua antara yang paling mudah dijangkiti COVID-19 dan risiko kematian membabitkan mereka sangat tinggi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button