Berita Utama

Mengapa ultra kiasu biadab terhadap Menteri Agama Islam?

Umat Islam selama ini tak pernah sibuk hal ehwal agama orang lain

KUALA LUMPUR, 22 Ramadan 1441H, Jumaat – Pendakwah bebas, Firdaus Wong menyatakan rasa hairan terhadap segelintir rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang melontar kata-kata kurang sopan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau tidak faham mengapa mereka begitu sibuk berkenaan hal ehwal Islam, padahal selama ini orang Islam tidak pernah menyentuk perihal agama mereka.

“Saya tidak faham kenapa segelintir belum muslim khususnya berbangsa Cina begitu menyibuk hal ehwal Islam. Inikah golongan ultra kiasu yang disebut selama ini?

“Jarang sekali melihat orang Islam masuk campur urusan agama mereka. Apa yang mereka nak bakar dan bagaimana mereka sembah dan di mana mereka mahu cucuk dan ketuk, jarang sekali muslim kutuk dan masuk campur.

“Mereka sendiri tidak faham dan baca kitab agama sendiri tetapi nak menyibuk hal ehwal orang Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa keping gambar yang tular di media sosial berkenaan kata-kata kurang sopan dilemparkan kepada Dr Zulkifli dalam sidang media, semalam.

Dr Zulkifli berkata, solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan semula di masjid dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat mulai hari ini, dengan bilangan jemaah minimum tiga orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang.

Beliau berkata, kebenaran solat berjemaah itu termasuk bagi solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Pengumuman itu mengundang rasa tidak senang dalam kalangan netizen khususnya orang bukan Islam.

Mengulas lanjut, Firdaus mendakwa, sikap sedemikian rupa tidak baik dalam menjaga keharmonian negara.

“Suka mengutuk muslim dan Islam tetapi bila nak berbisnes dirayu sana sini dan dipanggil tuan dan bos.

“Sikap ultra kiasu beginilah yang menganggu keharmonian negara. Golongan ini tidak mewakili majoriti Cina di Malaysia,” tegasnya.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close